Sunday, December 14, 2008

Rilek Je

Tadi aku pegi pasar malam sorang-sorang... Mula-mula ingat nak naik motor, tgk-tgk tangki empty pulak. So, aku pon drive unser pegi pasar malam. Sampai-sampai pasar malam, tempat parking yang terang-terang dah habis kena sapu. Maka, terpaksalah aku parking kat tempat yang gelap gelita. Aku belum keluar kereta lagi, aku dah nampak anjing hitam dua ekor usya aku. Tapi aku rilek je. Turun je dari kereta, aku nampak cencurut dua ekor. Tapi aku masih rilek je. Pastu aku nampak ada brader usya aku. Baru aku cuak. Bukan apa, kang aku rilek-rilek lagi, habis aku kena rogol pastu kena bom macam altantuya kang. Maka, aku pun kunci kereta pastu pegi kat pasar malam yang terang benderang tu. Bapak aku suruh beli bihun sup tiga dgn burger empat. Aku pun cari gerai jual bihun sup. Dalam perjalanan, ada gak awek jeling-jeling senyum-senyum. Dia tengah tunggu murtabak dia siap. Tapi aku rilek je dan terus jalan. Aku jalan dari satu hujung A ke hujung B pasar malam tuh. Pastu aku tanya diri aku sendiri, "Haih, hilang mana gerai bihun sup ni?"... Aku pun pelik. Selalunya ada. Aku pun jalan dari hujung B ke hujung A pulak. Awek tadi masih jeling-jeling senyum-senyum. Tapi aku rilek je. Dah sampai hujung A. Tak jumpa jugak. Haih. Tapi aku bukan jenis yang cepat putus asa, so, aku pun jalan lagi sekali dari hujung A ke hujung B. Kali ni, awek tu buat muka pelik pulak. Tapi aku rilek je. Biar la dia nak buat muka macam mana pun kan... Ni dah sampai hujung B. Tak jumpa gerai bihun sup. So, aku pun buat kesimpulan gerai tu off-duty malam ni. Maka terpaksalah aku beli burger tujuh. Aku pegi gerai burger, order burger tujuh kat pakcik tua tu. Aku toleh kiri, toleh kanan, toleh belakang. Bila aku toleh depan, macam magic, dah siap dah. Memang panas baru masak. Ada tujuh semuanya macam dragon ball. Owh okayh la kan, rezeki aku kot. Pastu bila aku nak bayar. Aku pun congak dalam kepala otak berapa nak bayar. "Sebiji singgit tujuh... so, kalau tujuh... urmm... singgit... dua inggit... tiga ing...". "RM11.90", pakcik tu tiba-tiba mencelah time aku tengah congak. Gila ah. Laju betul. Tapi aku rilek je. Time tu apa yang aku pikir, mesti pakcik ni dulu akauntan hebat, dah bersara jual burger plak kan.



Aku bayar pastu aku balik.

Apa punya post ah ni?




Chalo Brah
S.A.

10 comments:

Saphuan Awang said...

haha... marah plak. Ko penah pg gak eh? hebat-hebat! hahaha...

Anonymous said...

ko mmg best la awang cite pengalaman yang penuh suspen, dramatik dan segala nya....aduh, mesti rugi gile penjual bihun sup tu kan...sian ko saie kat pasar malam je...nnt simpan duit g mekah g saie safa wal marwa....lama tak dengo cite ko kan awang...windu aku kat kelas kita hehehe..semoga sukses selalu

Saphuan Awang said...

Wah. Presiden dtg melawat blog aku syaaaaal. Haha. Ko peciter Dan? ooo pasal gi Mekah tu aku mmg ready beb, cukup duit jalaaan... hehe

Anonymous said...

banyak ko nyer presiden....tu suma tingal kenangan belaka....aku cm gitu je la...la ni aku kat unimas...adeh22 tak de cuti yang panjang yang membolehkan aku ke semenanjung....huuhuhu

Saphuan Awang said...

ko tetap presiden sampai bila-bila dowh...

lek ah. sarawak pon not bad what. hehe.

Anonymous said...

hahaha...lupe lak ko org sarawak kan...kampung ko kat mana ha...leh aku melawat nenek ko hehehe

usop said...

hg ni btoi ka x btoi awang??

Saphuan Awang said...

haha. sila-sila. aku area kota samarahan. aku rasa dekat gak ngan unimas. tp uitm lg dekat r ngan kampung aku.

piggy: ktk belanja kamek laa...

bal: true story bebeh.

Anonymous said...

dekat kota samarahan ka. kamek selalu g sia...kampus kamik bukan di sia kamik di kuching..dekat dgn hospital umum...kampung kitak kat ne?

Saphuan Awang said...

area samarahan r. kampung endap. dekat dgn crocodile farm. ngap-ngap...