Monday, October 6, 2008

Pelik

S & A berborak-borak...

S: Semalam gua tunggu tren LRT kat stesen dekat dengan umah gua.

A: Eh brader, tolong skeyt. Apahal umah ko lak, umah aku kot...

S: Iyo... Iyo... umah ekau.

A: Haa... camtu ah. Pastu? Apokono?

S: Lepas gua sampai situ, gua tengok tren xde. Gua pon cakap kat brader yang tengah berdiri sebelah gua, "Aiseyman, ni gua nak ngamok ni. Ekau tau x gua dah lambat nih?". Pastu brader tu blurr. Mata dia terkebil-kebil. Gua pon malas ah nak layan brader tu dah dia buat cenggitu kat gua.

A: Jahat gila syal brader tu buat cenggitu kat ko...

S: Tu ah. Tp xpe... Gua pon cari tempat duduk. Gua nampak dua kosong. Satu sebelah tabliq nih, lagi satu sebelah awek seksi nih. Muka ngan cutting dia saling tidak tumpah, umpama Hannah Tan tuuu. Dia duduk tangan mendagu. And then, dia nampak gua usya dia. Dia senget kepala ke kanan skeyt, pastu dia senyum. Dalam hati gua ni gua dah macam, "Aiseyman, aiseyman, aiseyman, .....".

A: Uih. Apokono ko x ajak aku sekali semalam?

S: Lu tido ah time tuh.

A: Pastu ko duduk sebelah sape?

S: Haaa... Ni la gua nak citer part paling best. Gua duduk sebelah...

A: Ko ni nakal syal. Ko duduk sebelah awek tu kan? Kan? Kan? Kan?

S: Apokono ekau ni? Mesti ah gua duduk sebelah tabliq tu... Best beb. Dia layan zikir. Siap bawak tasbih lebih lg. Dia ada offer kat gua tasbih tuh, tp gua refuse. Gua guna rantai gua. Tapi bila gua baru nak start layan zikir ngan brader tabliq tuh, tren datang. So, x dapat gua nak layan zikir...

A: Ko ni bab kencing aku hebat je kan?

S: Mana ada beb. Betul je apa gua citer... So, gua pon bangun ah kan nak masuk tren. Tp bila tren tu stop, mesti pintu tren tu tak stop depan gua. Gua bukan ah berkira ke apa, tapi setiap kali gua nak naik tren, tren tu buat cenggini ngan gua beb. Mesti tren tuh takmo stop betul-betul depan gua.

A: Maknanya dia takmo ko naik dia ah tu. Eh, tapi aku rasa tiap kali aku nak naik tren pon jadi cenggitu. Mesti part tingkap tren tuh yang stop depan aku.

S: Pastu bila gua masuk tren, tren penuh sesak. Gua kena berdiri kat pintu. Tp yang paling pelik, bila tren dah mula gerak, gua usya la luar tingkap. Brader tabliq tuh tak naik tren. Dia tunduk je. Pastu kepala dia naik skeyt, pastu pusing skeyt. Dia usya gua direct. Pastu dia senyum. Gua pelik. Pastu dia pegi duduk sebelah awek seksi td yang juga tak naik tren. Pastu diorang dua-dua senyum kat gua. Mata gua terkebil-kebil tengok diorang makin jauh bila tren pon dah start gerak.

A: Uih, pelik tuh.

S: Haa... Pastu tiba-tiba gua terasa sentuhan kat bontot gua. Gua pusing. Ada sorang brader ni. Dia jadi cuak semacam. Gua tanya dia, "Lu apahal?". Pastu dengan nada yang cuak-cuak dia membalas, "Saya ni penyeluk saku bang. Cari rezeki. Saya nak amik dompet abang tp bila saya seluk. Xde pulak. Abang letak katne dompet abang?". Justeru itu, gua pun start cari. Memang tiada.

A: Haaa... ada pada siapa ya?

S: Teka ah...


p/s: lama seh tak merapu...


Chalo brah
S.A.

5 comments:

usop said...

seyes mrapu..

Saphuan Awang said...

Ini kisah benar beb...

beLLe said...

da tu sape yg cilok??

Saphuan Awang said...

Selepas aku tekan butang "post blog"... tiba2 dompet aku ada dalam seluar aku.

beLLe said...

cessss!!!